Thursday, 4 July 2013

Pendidikan Seni Visual (Arca)


Pendidikan Seni Visual (Arca)

1.0       Pengenalan

Seni arca adalah hasil daripada ciptaan yang berbentuk 3 dimensi, yang terbentuk daripada acuan keras atau bahan-bahan plastic yang biasanya berbentuk batu, kayu, atau logam. Arca tercipta terus dari ukiran dengan menghimpunkan, menggunakan pengimpal atau acuan. Sesiapa yang mencipta arca akan dipanggil pengarca. Arca membabitkan penggunaan bahan yang boleh membentuk model acuan.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada para orang lalu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.
Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain.Penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. Bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut. Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung).  Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan.


2.0       Jenis – Jenis Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

2.1       Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

2.2       Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. 


2.3       Arca Mobail 
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.


2.4       Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.


2.5       Arca Gabungan

Arca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.



2.5.1   Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

2.5.2   Boneka
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dan sekarang.


2.5.3   Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.


 2.5.4   Topeng

Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan kebijaksanaan.

Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.


2.6       Arca Dinding

Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin.

No comments:

Post a Comment